Oct 28, 2011

YEAR END SALE...

Salam semua...Harap semuanya sihat. Pertama ingin saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. 


Tup tap tup tap dah nak habis tahun dah..sungguh cepat masa berlalu.. Ok promosi kali ini panjang sikit... mula bulan November sampai Disember ni...2 bulan tu.. Less giler2... so bolehlah budjet2 sikit yea.  Maklumlah yg dah berkeluarga nak buat persediaan utk anak2 sekolah, yang bujang pun cara bujangnya.. so nak tahu apa yang ada utk promosi kali ini klik dibawah yea.... ;)



 

Oct 22, 2011

Dahulu.... Sekarang

    
                       Dahulu......................slps hampir 9 tahun (sekarang)

Ini gambar saya 9 tahun lalu & gambar terbaru. Sebenarnya pada usia 20an kulit saya kategori normal & kering. Bahagian mata saya amat kering. Masalah freakle telah ada sejak usia muda lagi. Diwaktu usia menginjak ke 30an kulit jadi berminyak pulak.... jerawat tumbuh sana sini. Ini disebabkan perubahan hormon - faktor usia yg meningkat.

Selepas saya  mengamalkan D Ayu  Beauty Supplement , pertama dapat saya rasai perubahan pada sekitar mata saya. Lingkaran gelap bawah mata juga semakin pudar & tegang, wajah juga semakin lembap. Untuk luaran saya mengunakan produk D Ayu Skin Care. Jika dilihat kulit saya ramai yang kata kulit tak de masalah... tapi sebenarnya kulit saya kategori yang sensitif .. tak boleh tersilap guna produk... mudah kemerahan, pedih, mengelupas & naik jerawat. Sebab itu saya wujudkan D Ayu Skin Care. InsyaAllah ianya bersesuaian dengan semua. Produk muka yang saya guna ialah Set Pencerahan (Whitening), Lobata Cream & Whitening Essence (toner utk waktu malam).


Oct 21, 2011


Salam.. Ini gambar bonda tersayang bersama cucu sulongnya ... anak sulong saya. Pn Hajjah Hapipah & Nur Dayana. Ni gambar last year masa bercuti Raya Puasa tahun lepas. Ibu saya juga mengamalkan D Ayu Beauty Supplement bersama skin care D Ayu. Walaupun umurnya dah hampir 60an tapi tetap sihat & bergaya.  So far alhamdulillah kesihatan ibu tercinta amat baik. Ibu saya banyak mengajar saya untuk menjaga kesihatan samada untuk tubuh badan & juga kesihatan kulit wajah. Dari saya di zaman anak dara lagi banyak nasihat yang diberikan (tapi masa tu kita cuma ingat mak kita dok berleter aje).. Tapiiii kesannya nampak sekarang. Itula nasib baik dengar cakap ibu kalau tak mungkin kulit saya dah macam umur lewat 40an. Anak pula dah 6 orang kalau tak jaga....habisss. Saya ni jenis orang yang takut jarum. Nak cucuk sana, cucuk sini takuuuttt....lagi pun berdosa tu... 

Oct 3, 2011

PROMOSI OKTOBER


Firstly, terima kasih saya ucapkan kpd pelanggan setia, folowers di fb / blog ini kerana masih setia bersama & 'support' D Ayu Skin Care.  Maaf atas masalah kelewatan stok baru-baru ini.  Secara tiba2 demand utk produk D Ayu terus naik selepas raya (alhamdulillah), so production pun kena rush lah sebab tak nak customer tunggu lama2.& sekarang semua dah settle. 

Promosi untuk bulan Oktober dah bermula jadi klik dibawah utk maklumat lanjut.... 


TQ
Shalinda