Oct 28, 2011

YEAR END SALE...

Salam semua...Harap semuanya sihat. Pertama ingin saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. 


Tup tap tup tap dah nak habis tahun dah..sungguh cepat masa berlalu.. Ok promosi kali ini panjang sikit... mula bulan November sampai Disember ni...2 bulan tu.. Less giler2... so bolehlah budjet2 sikit yea.  Maklumlah yg dah berkeluarga nak buat persediaan utk anak2 sekolah, yang bujang pun cara bujangnya.. so nak tahu apa yang ada utk promosi kali ini klik dibawah yea.... ;)



 

Oct 22, 2011

Dahulu.... Sekarang

    
                       Dahulu......................slps hampir 9 tahun (sekarang)

Ini gambar saya 9 tahun lalu & gambar terbaru. Sebenarnya pada usia 20an kulit saya kategori normal & kering. Bahagian mata saya amat kering. Masalah freakle telah ada sejak usia muda lagi. Diwaktu usia menginjak ke 30an kulit jadi berminyak pulak.... jerawat tumbuh sana sini. Ini disebabkan perubahan hormon - faktor usia yg meningkat.

Selepas saya  mengamalkan D Ayu  Beauty Supplement , pertama dapat saya rasai perubahan pada sekitar mata saya. Lingkaran gelap bawah mata juga semakin pudar & tegang, wajah juga semakin lembap. Untuk luaran saya mengunakan produk D Ayu Skin Care. Jika dilihat kulit saya ramai yang kata kulit tak de masalah... tapi sebenarnya kulit saya kategori yang sensitif .. tak boleh tersilap guna produk... mudah kemerahan, pedih, mengelupas & naik jerawat. Sebab itu saya wujudkan D Ayu Skin Care. InsyaAllah ianya bersesuaian dengan semua. Produk muka yang saya guna ialah Set Pencerahan (Whitening), Lobata Cream & Whitening Essence (toner utk waktu malam).


Oct 21, 2011


Salam.. Ini gambar bonda tersayang bersama cucu sulongnya ... anak sulong saya. Pn Hajjah Hapipah & Nur Dayana. Ni gambar last year masa bercuti Raya Puasa tahun lepas. Ibu saya juga mengamalkan D Ayu Beauty Supplement bersama skin care D Ayu. Walaupun umurnya dah hampir 60an tapi tetap sihat & bergaya.  So far alhamdulillah kesihatan ibu tercinta amat baik. Ibu saya banyak mengajar saya untuk menjaga kesihatan samada untuk tubuh badan & juga kesihatan kulit wajah. Dari saya di zaman anak dara lagi banyak nasihat yang diberikan (tapi masa tu kita cuma ingat mak kita dok berleter aje).. Tapiiii kesannya nampak sekarang. Itula nasib baik dengar cakap ibu kalau tak mungkin kulit saya dah macam umur lewat 40an. Anak pula dah 6 orang kalau tak jaga....habisss. Saya ni jenis orang yang takut jarum. Nak cucuk sana, cucuk sini takuuuttt....lagi pun berdosa tu... 

Oct 3, 2011

PROMOSI OKTOBER


Firstly, terima kasih saya ucapkan kpd pelanggan setia, folowers di fb / blog ini kerana masih setia bersama & 'support' D Ayu Skin Care.  Maaf atas masalah kelewatan stok baru-baru ini.  Secara tiba2 demand utk produk D Ayu terus naik selepas raya (alhamdulillah), so production pun kena rush lah sebab tak nak customer tunggu lama2.& sekarang semua dah settle. 

Promosi untuk bulan Oktober dah bermula jadi klik dibawah utk maklumat lanjut.... 


TQ
Shalinda

Sep 3, 2011

Salam Semua.

Kami telah mula beroperasi seperti biasa. Pesanan barangan boleh dibuat mulai sekarang.

TQ.
Shalinda

Aug 28, 2011

Jul 27, 2011

PROMOSI RAMADHAN

Assalamualaikum....

Promosi untuk bulan Ramadhan ni kita mula awal sikit. So nak tahu ape yg ada .....

Klik disini untuk maklumat lanjut.  Jangan terlepas RUGIIII.......

Salam Ramadhan


Tak lama g kita akan menyambut bulan puasa, Bulan Ramadhan Al-Mubarak.  Bulan yang penuh dengan keberkatan & kesucian.  Di harap pada bulan Ramadhan ini juga bersama-samalah kita melipat gandakan amalan2 untuk mencari keberkatan & pahala yang berganda. Jangan ada pula yang tak berpuasa / sengaja tak nak berpuasa (kecuali bagi mereka yg betul-betul sakit & tak boleh berpuasa).

Ini ada berita baik utk mereka yg ada masalah gastrik.  Bulan puasa ni mcm mn..... Nanti baru jam 4 / 5 petang perut dah meragam. Sakit...pedih....mcm kena pulas dah hah.... mcm mn nak teruskn puasa .... nak buka tinggal beberapa jam g. Sayang lak.... perut dah tak tahan..... :(

Bagi mereka yang ada masalah gastrik, selalu cepat letih... jadi saya syorkan minum D Ayu Beauty Supplement... Insyaallah berkesan.. perut tak meragam , letih2 badan pun kurang jadi dapatlah kita melipatgandakan amalan2 sunat seperti sunat sembahyang terawih / membaca Al-Quran. Jangan jadikan puasa sebagai alasan utk kita membataskan diri kita dari melakukan sesuatu pekerjaan / amalan yg baik.

Cara Pengambilan ...

1 X sehari
Diminum sebelum makan sahur. Kemudian kita boleh makan sahur seperti biasa.

2 X sehari
Diminum sebelum sahur & sewaktu buka puasa sebelum makan makanan yg berat.

Insyaallah jika diamalkan anda akan rasa sihat & cergas sepanjang mengerjakan ibadah puasa.

Akhirkata, kami warga kerja D Ayu ingin mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan & Selamat Berpuasa.

Salam Ramadhan.
Shalinda.

Jul 5, 2011

AGEN TERBARU

AGEN TERBARU UNTUK KAWASAN ...

Taman Kempadang Makmur,
Kuantan,Pahang
ZURYATI
019-9312813

Jul 2, 2011

PROMOSI JULAI....

Salam,

Selamat berjumpa kembali.  Ha lagi sebulan insyaallah kita akan menyambut Bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Ha... camna puasa yg lepas / terlepas dah diganti ? Ganti jangan tak ganti.....

Nak gtau promosi Julai dah mula so check link dibawah utk mengetahui dgn lebih detail.... Jangan terlepas mmg jimat,  boleh gak nanti buat persiapan utk hari raya.... ;)

http://d-ayu2u.blogspot.com/p/promosi-bulanan_15.html

Jun 24, 2011

AGEN TERBARU

SABAH
ROHAYA BT HARUN
SANDAKAN, SABAH
NO TEL : 014-6551882

SELANGOR
WAN ANITA
KAJANG, SELANGOR
NO TEL : 019-3241782

Jun 13, 2011

CUTI SEKOLAH DAH HABISSSS.....

Ha .... dah habis cuti sekolah.... kenduri pun dah habis..... Tup tap tup tap tinggal lg lebih kurang 2 bulan g nak puasa.  Ha mcm mn puasa dah berganti ke... jangan x ganti nanti kena bayar double. 

Ha cakap pasal nak raya ni, semua org nak kelihatan cantik d hari raya. So sape2 yg nak nmpk cantik & berseri d hari raya nanti cubala produk D Ayu. Insyaallah berkesan. Sempat lagi nak comel yg penting kulit cerah, sihat & berseri.


Promosi Bulan June , jangan ketinggalan yea. order cepat2 nanti melepas lak.  Ok jumpa lagi ...

shalinda

May 31, 2011

PERLUKAH PENGELUPASAN ???

Salam semua,

Perlukah pengelupasan ? Ramai yang tidak faham samada kulit wajah mereka perlu melalui proses pengelupasan atau tidak. Bagi sesetengah orang, kata mereka tak mengelupas macam mana kulit nak jadi putih / tak mengelupas kulit wajah tak cantik. 

Sebenarnya untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik & bersih tak semestinya dengan pengelupasan. Ada org yg kulitnya boleh menerima sesuatu yg agak kuat & lalui proses pengelupasan kulit tp ada jg yg tak boleh langsung. Akibatnya bila dah tersilap kulit jadi kemerahan, mengelupas mcm kain renda, kulit jd pedih, timbul masalah yg sblm ini tiada, rashes pun naik & mcm2 g.

Bila dah jadi mcm ini, nak keluar rumah pd cuaca panas pun takut sbbnya kulit tak tahan. Baru keluar sekejap kulit wajah dah mcm udang kena bakar kemudian kulit wajah terasa seperti dicucuk2 jarum halus. Bagi mereka yg keluar dgn keluarga tak pe la... blh cakap terus terang.... tapi yg keluar ngan teman istimewa mcm mana ...??? ha kan dah kantoi baik2 nak melawa alih2 kulit dah mcm kena panggang. Tak tahan..... Aduhhhh..... 

Pengelupasan hanya sesuai bg mereka yg mempunyai masalah pigmentasi yg serius, parut jerawat yg agak tebal / kulit "sunburn". Itupun klu kulit tahan. Selalunya produk pengelupasan ini mengandungi bahan kimia "Hidrokinon / Tritinon".  Cara pengunaannya perlu dikawal, bukannya setiap hari disapukan pd kulit. Itu yg kulit jd radang. Silap2 jadi setompok hitam yg tebal. Orang lain pakai pipi merah, kita pakai pipi hitam. Dah susah.....

PROMOSI JUNE 2011

Salam semua , promosi bulan June bermula esok 1 June 2011 - 30 June 2011 .  So sila ke link di bawah utk mengetahui promosi yg sememangnya berbaloi-baloi.  =)  check it out..

salam semua ... ;)

Assalamualaikum... Harap semuanya sihat selalu.  Skrg dah nak masuk bulan June. Jutaan terima kasih kepada semua beloved followers & fb freinds yg sentiasa support produk D Ayu. Skrg ni pengguna D Ayu Skin Care semakin ramai & ramai yg berpuas hati. Alhamdulillah.



Ingin saya nyatakan disini jika anda ada sbrg keraguan tentang produk D Ayu / dah tak tahu nak buat mcm mn dengan kulit wajah utk kembali cantik , sihat , bermaya jgn segan2 email je pd sy direct insyaallah sy akan menjawap secepat yg mungkin. Jgn malu utk bertya byk2, supaya x silap bila pilih produk.  ;)





Saya juga rasa tumpang gembira bila ramai juga di kalangan pengguna telah mendapat kesan yang positif / baik selepas mengguna produk D Ayu Skin Care.



Untuk Bulan June ini ada promosi tau so check it out....



bye...smile always.
shalinda

May 25, 2011

AGEN TERBARU

SENARAI AGEN TERBARU

PUTRAJAYA, PRESINT 15
PN AZIZAH BT ISMAIL
NO HP : 019-2275299

MELAKA, BATU BERENDAM
CIK ROSMAWATI MD JALI
NO HP : 0129320122

KUALA LUMPUR, KG. PANDAN DALAM
PN AINA MARDIA HUSSIN
NO HP: 0192107466

NEGERI SEMBILAN, NILAI
PN AIDA
NO HP : 0173062818

PULAU PINANG, BAYAN LEPAS
ROOHAIDA BT MOHD DARUS
NO HP ; 0124328908

Selamat Berjumpa lagi...

Hai , lama tak jumpa... maaf sibuk sikit...

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd semua follower samada dr blog ini / di fb sbb mempercayai produk D Ayu Skin Care ini.  Ini sy nyatakan disini, jika anda kurang pasti set mana yg bersesuaian dengan kulit wajah anda , sila email terus kepada saya & terangkan masalah kulit anda. Insyaallah sy akan jelaskn & balas email anda. 

Selepas borang diisi, pihak kami akan membalas email anda dlm masa 24jam, & maklumkan no akaun utk membuat pembayaran. Sila email semula selepas bayaran dibuat. Pihak kami akan menguruskan penghantaran sejurus selepas bayaran diterima.

Untuk makluman pihak kami menggunakan khidmat kurier Kangaroo Worldwide Service utk Semenanjung Malaysia & Poslaju untuk Sabah & Sarawak.  Bagi anda yg tinggal di Semenanjung (yg agak pendalaman)sila maklumkan pihak kami, penghantaran akan dilakukan melalui Poslaju.

sekian , terima kasih.
shalinda



Apr 15, 2011

Salam Semua...





Terima kasih kerana masih setia bersama saya.... ok promosi terkini telah bermula & akan berakhir pada 30 Apr 2011. So cepat jgn terlepas peluang untuk berjimat yea.... lambat nanti melepas pula...
So utk promosi terkini sila ikut link ini :

Apr 10, 2011

SALAM SEMUA....

Assalamualaikum,





Salam semua, lama tak jumpa, sibuk sikit kebelakangan ini tak sempat nak handle blog. Sorry yea...promosi kali ini mula lambat sikit. Nanti saya inform. So selalu-selalulah check blog yea...



Apa2 pun saya nak bg tau sekrg ni cuaca tak menentu, ianya sedikit sebanyak ada effect pd kulit wajah kita. Bagi customer yg baru, saya nasihatkan sebelum buat order emailkan dahulu masalah kulit wajah terutamanya bg pengguna yg meggunakn produk pengelupasan / yg ada kandungan bahan kimia (hidrokinon / tritinon) . Ini adalah kerana jika anda ada / sedang menggunakan produk yg ada kandungan bahan tersebut ianya akan memberikan kesan tindakbalas yg negatif. Saya syorkn bg pengguna br, hentikan penggunaan Krim Malam / Toner Pengelupasan selama seminggu sblm nak mencuba sesuatu produk baru. Ini utk naturalkan semula wajah. Kebanyakkan pengguna yg menggunakan produk tersebut, bila henti guna, akan ada tindakbalas spt naik "rashes", bintik2 merah, jerawat & ada juga terus naik jeragat.  Inilah mslh yg selalu timbul.






Jadi untuk mereka yg dah tak tahu apa nak guna / set yg mana lbh sesuai utk digunakan sy syorkan, emailkan mslh anda & klu blh upload gmbr sekali so insyallah sy akan syorkn set yg mana sesuai d gunakan.



So far feedback dr customer blh dikatakan 90% positif & ramai yg berpuas hati. Tapi apa2 pun tindakbalas cepat / lambat byk bergantung pd kulit wajah seseorang. Ada yg cepat,  3 hari pun dah blh nmpk perubahan & ada juga yg ambil masa sikit. So apa2 pun kenalah bersabar, klu nak kesan yg cepat tetapi memudaratkan kulit wajah ha... nanti siapa yg susah, diri sendiri juga yg merana.

bye....
shalinda.



Mar 24, 2011

AGEN BARU


Agen Terbaru ...


 Teluk Intan , Perak
    Sharifah Norazwati Binti Sharif Muhamad
    No. Tel : 013 - 4592652

 Pasir Puteh , Kelantan
    Ombak Merah Enterprise
    Pn. Rina
    No. Tel: 019 - 9136680

tq.
Shalinda

Mar 2, 2011

PROMOSI MAC 2011


P R O M O S I  M A C   2 0 1 1


Salam semua....

Ribuan terima kasih saya ucapkan kpd follower2 & members (FB) D Ayu Skin Care kerana kesetiaan anda.

Sekarang kita telah memasuki bulan Mac 2011, so bermulalah promosi bulanan baru. Promosi untuk bulan Feb mmg mendapat sambutan yg hangattt... ramai yg meminta agar promosi itu diteruskan, sbb tak sempat nak order.. jadi sy nasihatkan buatlah pesanan skrg jgn tgu last minit sbb kekadang tak sempat nak ke bank... jadi untuk mengetahui apakah promosi bulan Mac sila ke link dibawah :




Feb 20, 2011


Haaa..... bermula lg mgu yg baru. Bulan Febuari bakal meninggalkan kita, Mac akan tiba memunculkan dirinya.... hari makin berganjak..... usia.....oooppppssss...... makin berganjak juga. Habis kulit wajah mcm mn? Berganjak jugalah ia... berganjak ke atas / kebawah....
Ha nak tegang kulit senang je kan , pegi buat botox je, injek sana , injek sini... ha dah dapat wajah yg baru... skrg lelaki ke perempuan ke semua nak kulit cantik & tegang. Tapi umur makin meningkat kolegen kulit bertambah mengendur.... jln singat buat botox aje... senang cerita.  tapi....  aa..aa...aa  ada tapinya.... apakah hukumnya...apakah akibatnya....berapakah kosnya......  semuanya ada risiko.... berani / tidak......
Inilah diantara wajah-wajah botox.......

View ImageView Image


Takut.......!!!!!

Apa pun keremajaan kulit haruslah dipelihara & dijaga. Selalunya bila kulit dah mula ada masalah br nak cari jln penyelesaian... klu x de mslh buat do no aje.... ha mcm mn dah terantuk br tengadah....klu nasik dah jadi bubur kan susah...ibarat pepatah mencegah lebih baik dari mengubati....

Amalkanlah petua2 tradisional byk manfaatnya. Jaga pemakanan kurangkan fast food, minum byk air putih. Disamping amalkan supplement yg sesuai supaya kulit lebih halus, bersih, tegang, lembab & sihat.

D Ayu Beauty Supplement membantu untuk menjaga keremajaan kulit, menegangkan, mencerahkan & memudarkan parut2.

D ayu Beauty Supplement juga membantu untuk melembapkan kulit wajah & badan anda. So far cust. yg cuba respond alhamdulillah. Tiada kesan sampingan & tiada alahan negetif. Sila ke link ini utk maklumat lanjut : http://d-ayu2u.blogspot.com/p/d-ayu-beauty-supplement.html

Satu sachet sehari sudah cukup utk maintainkn kulit agar sentiasa muda & tegang. Lebih lama diamalkan lebih berkesan keatas kulit. Nanti silap2 anak pun org kata adik.... oopppsss....jangan marah nanti lekas tua kena minum beauty supllement byk2......


Bak kata org tak kenal maka tak cinta... bila dah cuba br tahu kesannya.......

Feb 12, 2011

JERAWAT...JERAWAT.....JERAWAT.....



Anda ada masalah jerawat... di muka & di belakang badan.  Umumnya ramai yg menitik beratkan penjagaan jerawat di wajah....ssshhhhh.... tp di belakang mcm mn???  Tak pe  org tak tengok.... iiissshhhh.... nanti bila jalan2, lg2 bila cuaca panas terik masyaallah.. gatal & miangnya di belakang badan.  Tak sabar nak balik rumah , klu blh nak garu puas2. Ha...mcm mn nak buat ni. Masalah...masalah.... =(




Cara nak atasinya ialah sabunkan badan anda dengan D Ayu Acne Bar. Insyaallah berkesan. Nampak simple... hanya mandi seperti biasa kemudian buihkan sabun Acne Bar & sabunkan ke belakang anda.  Kesannya anda pasti berpuas hati..........



 Selalunya jerawat di belakang badan dikaitkan dengan salah satu alahan resdong.  Ini berkaitan dengan masalah dr dalaman.  Seeloknya minumlah supplement supaya dalaman anda lebih seimbang dan juga untuk proses anti-oksidan dalam tubuh badan. Minumlah D Ayu Beauty Supplement sbb ianya TIADA Protin Marin jd sesuai untuk mereka yg mengalami alahan / resdong / sinus. 




Shalinda.

Feb 7, 2011

INGINKAN KULIT YANG CANTIK, SIHAT & CERAH


View Image























C A N T I K . . .


Apakah definasi CANTIK bagi anda? Ianya terlalu subjektif untuk dijawap. Adakah kulit yang putih itu dikatakan cantik? Tidak hairan mungkin ramai yang beranggapan begitu. Tapi bagi saya kulit yang cantik adalah kulit yang bersih, berseri dan cerah. Cerah disini maksud saya cerah warna kulit asal iaitu kulit yang kurang "sunburn".  Ada juga orang yang walaupun kulitnya putih tapi kurang bermaya & tidak berseri.  Ada juga yang sanggup menahan kesakitan akibat pengelupasan yang akhirnya akan menyebabkan kulit menjadi lebih nipis, sakit & kemerahan.  Ramai juga yang tidak faham bagaimana seharusnya kita menjaga kulit wajah supaya ianya sihat & berseri.  Saya ingin berkongsi pengalaman saya & bersama dengan anda semua untuk kita bincangkan hal-hal berkaitan dengan masalah penjagaan kulit wajah.

Jan 30, 2011

PROMOSI FEBUARI 2011








Promosi untuk bulan Feb 2011 telah bermula. Sila klik ke "page" promosi bulanan untuk maklumat lanjut. Jangan lepaskan peluang ini. Harga memang berbaloi.

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Pertama, ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung blok D Ayu Skin Care ini. Melalui blog D Ayu Skincare ini, adalah cara yang terbaik untuk saya mendekati para pelanggan saya & bakal pelanggan untuk membincangkan topik-topik mengenai masalah kecantikkan. 

Umumnya setiap wanita mengimpikan kulit yang halus, cantik, bersih & berseri.  Ada diantara produk yang terdapat dipasaran pada masa kini menggunakan HIDROKINON / TRITINON sebagai salah satu agen utama untuk pencerahan kulit wajah.  Bagi mereka yang berkulit sensitif penggunaan bahan ini akan menyebabkan kulit kemerahan, pengelupasan yang agak serius & kulit menjadi rosak. Dari sinilah maka saya menghasilkan produk D Ayu Skin Care.  Produk ini tidak mengelupas, tidak memedihkan & tidak menyebabkan kulit menjadi merah / nipis. 

D Ayu Beauty Supplement pula adalah supplement tambahan untuk penjagaan kulit wajah & badan dari dalaman.  Sumber kolagen yang digunakan adalah dari tumbuh-tumbuhan & buah-buahan. D Ayu Beauty Supplement TANPA PROTIN MARIN (estrak hidupan laut) maka untuk pelanggan yang mengalami masalah resdong / sinus / alah kepada hidupan laut (sumber laut) boleh mengamalkan produk ini.  Kulit akan menjadi lebih cantik, parut jerawat yang berlubang juga akan kembali licin, masalah resdong / sinus akan berkurangan, masalah jerawat (muka / badan) akan lebih cepat sembuh.

Di blog ini juga saya akan mengadakan PROMOSI BULANAN. Promosi ini hanya sah kepada mereka yang mendaftar sebagai "Follower" sahaja. Jadi tunggu apa lagi, daftarlah sebagai follower dan nikmatilah potongan harga yang istimewa bagi produk D Ayu & kualiti produk yang bermutu tinggi.  Pengguna D Ayu juga semakin meningkat & kepuasan pengguna juga semakin tinggi. 

Sekian Terima Kasih.
Shalinda.